Sunday, 19 February 2012

T-Shirt Kelas 6 Abu Bakar

Assalaamualaikum wbt ,
 
Untuk makluman, pihak kelab kelas telahpun menempah t-shirt KKT-6AB untuk setiap anak-anak 6 Abu Bakar 2012. Tujuan diadakan t-shirt kelas ini adalah untuk kegunaan semasa diadakan aktiviti-aktiviti kelab kelas tahun ini. Bagaimanapun, kos t-shirt ini  tidak termasuk di dalam yuran Kelab Kelas dan hendaklah dibayar berasingan. Harga t-shirt adalah seperti berikut

T-shirt aulad = RM26
T-shirt banat = RM32. 

Setiap murid 6AB dikehendaki membeli t-shirt KKT-6AB, manakala bagi ibubapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan.

Untuk tempahan t-shirt ibubapa dan pertanyaan mengenai t-shirt, sila ajukan kepada
Puan Nor Hayari Abd Hamid
Tel: 012 339 88809

Tuan/puan boleh membuat pembayaran yuran KK dan t-shirt kepada 
Puan Zanariah bt Ibrahim (Bendahari Kelab Kelas 6AB 2012)
Tel No: 019 286 6513
Akaun MBB: 562188300903 

Pembayaran boleh juga diajukan kepada guru kelas Cikgu NorLaila. Mohon kerjasama ibubapa untuk menulis nama anak dan jumlah tempahan serta jumlah bayaran yang dibuat dengan jelas di luar envelope bayaran. Sekiranya bayaran dibuat secara bank in, mohon sms atau email maklumat bayaran kepada Puan Zanariah.

InshaAllah pihak kelab kelas sedang berusaha untuk mengedarkan t-shirt ini sebelum 3hb Mac 2012. Dengan ini kami memohon kerjasama tuan/puan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 27hb Februari 2012.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara di atas amatlah dihargai. Terimakasih & wassalam.

Halimatul Mohamed
Setiausaha 2,
Kelab Kelas 6AB 2012

1 comment:

  1. Salam... pembetulan. Harga t-shirt utk ibubapa / penjaga spt. berikut:
    Lelaki = RM 28
    Perempuan = RM 34

    ReplyDelete