
Memo: 03/2012
KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012
27 Februari 2012M / 5 Rabiulakhir 1433H
Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar
Perkara: Hari Keluarga KKT-6AB
Assalaamualaikum tuan / puan yang dihormati.
2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa KKT-6AB akan mengadakan Hari Keluarga seperti berikut:
| Tarikh | 3-Mac-2012 (Sabtu) |
| Masa | 7.00 pagi – 3.00 petang |
| Tempat | Impian Country Resort, Jalan Taman Agroteknologi, Sungai Semungkis, Batu 14 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor |
| Agenda | 7:00 pagi - 7:45 pagi : Berkumpul di SRIAAKL |
| Aktiviti | Jungle trekking, mandi sungai, berkelah |
| Maklumat Tambahan | · Parking dikenakan bayaran RM5 bagi sebuah kenderaan · KKT-6AB telah menyewa sebuah Dewan Besar bagi tujuan berkumpul dan sarapan / makan tengahari |
3. Anak-anak 6AB dikehendaki memakai t-shirt KKT-6AB. T-shirt akan diedarkan pada anak-anak selewatnya pada 2-Mac, insya’allah. Sehubungan itu, ibubapa / penjaga diminta untuk melunaskan harga t-shirt kepada Pn. Zanariah (019-2866513), selaku Bendahari KKT-6AB, sekiranya belum berbuat demikian.
4. Untuk penyediaan makanan dan minuman, kita akan membuat konsep “Potluck”. Bagi memudahkan perancangan dan mengelakkan pembaziran, diharap tuan / puan dapat memberitahu jenis juadah yang akan dibawa (sila tulis di dalam borang jawapan).
5. Penyertaan semua ahli KKT-6AB bersama keluarga amatlah diharapkan untuk merapatkan silaturrahim di antara kita. Ini juga satu peluang untuk anak-anak melepaskan stress setelah menjalani Ujian Setara Tahun 6 bermula 27-Feb sehingga 29-Feb.
Sila isi borang jawapan yang disertakan bagi mengesahkan kehadiran. Borang hendaklah dipulangkan kepada Cikgu Norlaila pada hari Selasa, 28-Feb-2012. Untuk keterangan lanjut, tuan / puan boleh menghubungi En. Hairul Nizam (013-3456760) atau Puan Normi (019-6621209).
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment