Memo: 02/2012
KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012
8 Februari 2012M / 15 Rabiulawal 1433H
Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar
Perkara: Keceriaan Kelas, Yuran KKT-6AB & Mesyuarat Ketiga KKT-6AB
Assalaamualaikum tuan/puan yang dihormati.
2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sessi Keceriaan Kelas 6AB akan diadakan seperti berikut:
| Tarikh: | 11-Feb-2012 (Sabtu) |
| Masa: | 9.00 pagi – 12.00 t/hari |
| Aktiviti: | Cuci Lantai, Tingkap & Kipas / Membina Sudut Ilmu / Gantung Banner Doa & Softboard |
| Barang untuk Dibawa: | Penyapu, pengaut sampah, mop, baldi, gayung, kain buruk, berus sental |
Diharap semua ibubapa dan anak-anak 6AB dapat bersama-sama bergotong-royong pada tarikh & masa tersebut di dalam memastikan keceriaan kelas.
3. Yuran KKT-6AB dikenakan untuk menampung perbelanjaan KKT-6AB sepanjang tahun. Pembayaran yuran bermula Februari sehingga November 2012, sebanyak RM30 sebulan. Ini bersamaan dengan RM300 setahun. Ibubapa boleh membuat pembayaran sekaligus (RM300), atau ansuran sebanyak 5 kali mulai Feb – Jun (RM60 x 5). Bayaran yuran boleh dibuat mulai sekarang kepada:
- Guru kelas 6AB -- Cikgu Norlaila bt Osman (h/p: 012-6892608 / email : wnn1974@gmail.com), atau
- Bendahari KKT-6AB -- Zanariah bt Ibrahim (h/p: 019-2866513 / email : zanariahibrahim@yahoo.com)
Diharap ibubapa dapat melunaskan yuran KKT-6AB dalam masa yang ditetapkan agar perancangan dan perjalanan KKT-6AB berjalan lancar.
4. Mesyuarat KKT-6AB yang ketiga akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Sabtu (11 Februari 2012)
Masa: 8.00 – 9.00 pagi
Tempat: 6 Abu Bakar
Agenda:
i. Lanjutan dari Minit Mesyuarat Ke-2
ii. Lain-Lain Perkara
Penyertaan tuan/puan di dalam mesyuarat ini amat diharapkan agar perjalanan Kelas Kelas berjalan lancar. Sebarang bentuk juadah ‘potluck’ amat dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Normi (019-6621209) atau Puan Shahrizah (019-2285627).
Segala kerjasama tuan/puan di dalam ketiga-tiga perkara disebut diakhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian.
sk: 1) Guru Kelas 6 Abu Bakar
2) Guru Besar SRIAAKL
No comments:
Post a Comment