Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Ibu-bapa pelajar 6 Abu Bakar yang dihormati Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah s.w.t LATARBELAKANG PSRA Pada mesyuarat kelab kelas 6AB yang telah diadakan pada Sabtu lepas, 28 Januari 2012, saya telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Peperiksaan ini dikendalikan oleh JAIS , khas untuk pelajar darjah 6 dan peperiksaannya diadakan pada bulan Oktober. Tarikh tutup pendaftaran untuk pengambilan peperiksaan ini adalah pada 28 Februari 2012. Sijil PSRA ini adalah untuk membolehkan pelajar memasuki ke Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah di bawah JAIS. PENDIRIAN SRIAAKL SRIAAKL tidak menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan ini. Ia juga tidak akan membuat permohonan bagi murid-muridnya untuk menumpang mana-mana sekolah yang mengadakan peperiksaan ini. Oleh itu, terpulanglah kepada ibu-bapa secara individu untuk pergi ke sekolah tertentu yang mengambil PSRA. Walaubagaimanapun, saya telah dimaklumkan SRIAAKL tidak menggalakkan murid-murid darjah 6 untuk tidak menghadiri kelas-kelas yang akan diadakan sekolah bagi tujuan untuk mengikuti kelas PSRA yang diadakan di sekolah lain. Sila berhubung dengan Cikgu Nordina untuk keterangan yang lebih lanjut. Cikgu Nordina juga memaklumkan bahawa untuk menduduki peperiksaan PSRA ibu bapa hendaklah membuat permohonan untuk anak-anak menduduki peperiksaan tersebut kerana selalunya peperiksaan diadakan dimasa anak-anak ini patut belajar di SRIAAKL. Sila rujuk kepada sekolah untuk membuat permohonan. SEKOLAH YANG MENGENDALIKAN PSRA Setakat ini sekolah yang dikenalpasti ialah Sekolah KAFA Maarif Dinniah di Bukit Antarabangsa. Sila berhubung dengan Ustazah Zaiton di talian 019-3716986 mengenai maklumat sekolah, pembayaran dan kelas yang perlu dihadiri. Maklumat yang diperolehi sehingga kini, ibu-bapa perlu membuat pembayaran pendaftaran untuk pelajar seperti pelajar lain seolah-olah ia adalah berdaftar sebagai pelajar di situ. Yurannya adalah RM235( termasuk yuran bulanan sehingga 6 bulan, yuran keceriaan , kokurikulum dan lain-lain). Untuk yuran bulanan seterusnya ialah RM25 sebulan.Subjek-subjek yang diambil adalah: · Syariah I (fekah dan tauhid) · Syariah II (akhlak dan sirah) · Bahasa Arab · Imla’, khat dan jawi · Qur’an dan hafazan Kelas-kelas untuk matapelajaran ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 hingga 5.30 petang. Akhir sekali, ibu-bapa dinasihatkan supaya menghubungi sendiri sekolah tersebut untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Terima kasih, wassalam (Nurul Jannah) |
No comments:
Post a Comment