TAJUK: MESYUARAT KEDUA KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB)
TEMPAT: 6 Abu Bakar
TARIKH: 28 Januari 2012 (Sabtu), 2.45 pm – 5.15 pm
KEHADIRAN:
1) Cikgu Norlaila Osman (guru kelas)
2) Mohd Amin b Mat Tahir
3) Salbiah bt Awaludin
4) Abdul Latif b Ishak
5) Nurul Jannah bt Ibrahim
6) Zanariah bt Ibrahim
7) Mustaffa b Mat Nyan
8) Hairul Nizam b Mohd Said
9) Nor Hayati bt Abdul Hamid
10) Halimatul Saadiah bt Mohamed
11) Normi bt Abdullah
12) Nor Asni Afzan bt Mohd Aluyezan
13) Haslina bt Abdul Manaf
14) Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi
15) Rosnah bt Bidin
AGENDA:
1) Ucapan Alu-Aluan Dari Pengerusi KKT-6AB
2) Perlantikan Biro
· Akademik
· Riadah & Aktiviti
· Logistik & Makanan
3) Yuran KKT-6AB
4) Aktiviti Kelab Kelas:
· Keceriaan Kelas
· Seminar Motivasi
· Lawatan
· Kelas Tambahan
5) Lain-Lain Perkara
| Bil. | Perkara | Tindakan |
| 1 | UCAPAN ALU-ALUAN DARI PENGERUSI KKT-6AB En. Mustaffa, selaku pengerusi KKT-6AB, mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir walaupun dengan tiadanya peringatan SMS (yang disebabkan masalah teknikal). Pn. Halimatul, selaku Setiausaha 2, mengumumkan alamat blog KKT-6AB di www.kkt6ab.blogspot.com. Blog ini akan digunakan sebagai medium komunikasi di antara ahli KKT-6AB, selain daripada email. Semua minit dan memo KKT-6AB akan di-upload ke blog ini sebagai rujukan. | Makluman |
| 2 | PERLANTIKAN BIRO Para hadirin bersetuju untuk melantik AJK KKT-6AB sebagai Ketua Biro seperti di bawah:
Bagi memastikan semua ibubapa/penjaga murid 6AB terlibat di dalam aktiviti Kelas Kelas, Setiausaha 1 & 2 akan membahagikan ibubapa/penjaga (yang tidak memegang sebarang portfolio) kepada 3 biro tersebut. | Semua ibubapa 6AB: Rujuk kepada dokumen excel utk kumpulan Biro & sahkan maklumat diri. |
| 3 | YURAN KKT-6AB Sumbangan PIBG = RM3,000 bagi setiap kelas · Kutipan dari ahli KKT-6AB = RM300 setahun atau RM30 untuk 10 bulan (Feb – Nov). · Bayaran boleh dibuat secara sekaligus, atau ansuran sebanyak 5 kali. Bayaran bermula dari Feb – Jun. · Anggaran kutipan = RM300 x 36 = RM10,800. Maka, anggaran jumlah peruntukan = RM13,800. Bayaran yuran boleh dibuat kepada: · Guru kelas 6AB -- Cikgu Norlaila bt Osman (h/p: 012-6892608 / email : wnn1974@gmail.com), atau · Bendahari 6AB -- Zanariah bt Ibrahim (h/p: 019-2866513 / email : zanariahibrahim@yahoo.com) Berdasarkan pengalaman aktiviti-aktiviti tahun yang lalu, yuran kutipan tidak dapat menampung aktiviti-aktiviti kelab kelas sepenuhnya. Adalah diharapkan ibubapa dan penjaga dapat membuat sumbangan ikhlas dari masa semasa. | Semua ibubapa 6AB: Membayar yuran KKT-6AB kpd Guru Kelas atau Bendahari |
| 4 | AKTIVITI KELAB KELAS 1) Keceriaan Kelas Tarikh: 11-Feb-2012 (Sabtu) Masa: 9 pagi – 12 t/hari Aktiviti: i. Cuci Lantai, Tingkap & Kipas ii. Sudut Ilmu iii. Gantung Banner Doa & Softboard Barang yang perlu dibawa: i. Penyapu & pengaut ii. Mop iii. Baldi & gayung iv. Kain buruk v. Berus sental vi. Sabun lantai Barang yang perlu disediakan / oleh: i. Softboard - Hairul Nizam b Mohd Said ii. Banner - Mohd Amin b Mat Tahir iii. Pokok kecil - Rosnah bt Bidin iv. Ambipur - Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi v. Sabun serbuk & clorox - Mustaffa b Mat Nyan Untuk Sudut Ilmu, ibubapa digalakkan menderma 2 buah buku cerita (sebaiknya Bahasa Inggeris) untuk dikongsi di antara anak-anak. Buku-buku ini akan disimpan di dalam kelas selama sebulan, dan kemudiannya akan dipulangkan untuk ditukar dengan buku cerita lain. Ibubapa juga boleh menderma Kamus BM-BI-Arab atau BM-BI sebagai rujukan anak-anak. 2) Seminar Motivasi Antara motivator yang dicadangkan oleh ibubapa ialah: i. Dr. Abdul Aziz ii. Ustaz Shahrul iii. Dr. Tengku Asmadi (MAP) iv. Osman Affan (telah mengadakan seminar di SRIAAG baru-baru ini) Cikgu Norlaila mencadangkan agar Seminar Motivasi digabungkan dengan KKT-6 yang lain agar perbelanjaannya dapat dikongsi bersama. Seminar akan di-KIV sementara Cikgu Norlaila berbincang dengan Cikgu Wardah tentang perancangan sekolah. NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn Cikgu Wardah (email 30-Jan-2011): Sekolah tidak menganjurkan seminar motivasi di antara Feb – Mac, maka KKT-6AB boleh mengadakan seminar pada bulan tersebut. 6 Umar dan 6 Uthman memohon untuk turut serta. Kecuali 6 Ali yang sudah membuat perancangan pada 12-Feb. 3) Lawatan Semua hadirin bersetuju untuk mengadakan lawatan / berkelah selama satu hari agar anak-anak dapat melepaskan stress dan merapatkan silaturrahim di antara para ibubapa. Antara tempat yang dicadangkan ialah: i. Ulu Yam ii. Ulu Langat iii. FRIM iv. Sungai Kemensah Cikgu Norlaila mencadangkan lawatan diadakan pada 3-Mac-2012 (Sabtu) selepas anak-anak selesai Ujian Setara Tahun 6 (27 – 29 Feb). Semua hadirin bersetuju lawatan akan diadakan di Impian Country Resort, Ulu Langat. Lawatan akan diadakan selama satu hari mulai 8 pagi hingga 6 petang. Antara aktiviti yang boleh diadakan ialah mandi sungai, jungle trekking atau sukaneka. Anggaran perbelanjaan KKT-6AB ialah RM30/pondok dan jungle trekking RM60/kumpulan. Parking RM5/kereta (sendiri). Terdapat saranan agar KKT-6AB menyewa sebuah dewan besar (bukan pondok) agar lebih selesa untuk semua. Makanan dan minuman berkonsepkan potluck. Lawatan ini melibatkan anak-anak 6AB (& keluarga) dan guru-guru tahun 6 (& keluarga). Anggaran kehadiran 160 orang (termasuk ahli keluarga). 4) Kelas Tambahan (UPSR) Kelas Tambahan (UPSR) akan diadakan seminggu sekali (Sabtu atau Ahad). Kekerapan kelas (dalam sebulan) akan ditentukan berdasarkan keperluan anak-anak. Untuk bulan Feb, dicadangkan 2 kali sebagai persediaan anak-anak menghadapi Ujian Setara Tahun 6 (27 – 29 Feb). Tarikh yang dicadangkan ialah 18-Feb dan 19-Feb, mulai jam 8.30 pagi hingga 1.00 ptg. Rehat di antara 10.30 – 11.00 pagi. Subjek yang akan diajar dan tenaga pengajar yang dicadangkan ialah Matematik (C. Murniwati), Bahasa Inggeris (C. Norlaila), Sains (C. Noraini / C. Hamilah) dan Bahasa Malaysia (C. Fauziah). Setiap subjek akan mengambil masa 1 jam. Cikgu Norlaila akan menghubungi guru-guru tersebut dan mengatur jadual kelas tambahan. Cikgu Norlaila juga menyarankan agar anak-anak dibahagi kepada 4 kumpulan kecil, di mana setiap kumpulan mempunyai 9 orang. Buat masa ini, kumpulan akan dibahagi berdasarkan aulad / bannat. Dengan ini, cikgu dapat memberi lebih tumpuan / individu. Semua hadirin juga bersetuju yang yuran setiap guru ialah RM20 / jam. Makanan untuk waktu rehat (10.30 – 11.00 pagi) untuk kelas tambahan sepanjang tahun 2012 akan disediakan oleh setiap ibubapa/penjaga murid 6AB mengikut giliran yang akan disusun oleh Biro Logistik & Makanan. Jumlah yang perlu disediakan ialah 40 orang (termasuk guru mengajar). Menu yang disarankan ialah sandwich, kuih atau mihun goreng. NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn sekolah (email 3-Feb-2011): Ada anak-anak 6AB yang terlibat dengan Tamrin Pengawas yang diadakan dari 17-Feb petang hingga 18-Feb pagi. Manakala 19-Feb pula ada PIBG. AJK KKT-6AB perlu berbincang lagi tentang tarikh Kelas Tambahan. | Semua ibubapa 6AB: 1) Menyertai Keceriaan Kelas 2) Derma buku atau kamus untuk Sudut Ilmu Hairul Nizam b Mohd Said: Softboard Mohd Amin b Mat Tahir: Banner Rosnah bt Bidin: Pokok kecil Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi: Ambipur Mustaffa b Mat Nyan: Sabun serbuk & clorox Makluman Hairul Nizam b Mohd Said: Menguruskan hal lawatan dgn pihak Impian Country Resort Ramona bt Abdul Rahim: Menguruskan menu potluck dgn ibubapa KKT-6AB Ramona bt Abdul Rahim: Menguruskan jadual sponsor makanan & minuman dgn ibubapa KKT-6AB |
| 5 | LAIN-LAIN PERKARA 1) Pencapaian Anak-Anak 6 Abu Bakar Cikgu Norlaila telah berkongsi pencapaian anak-anak di dalam Peperiksaan Akhir 2011. Berdasarkan pencapaian tersebut, didapati anak-anak 6AB kebanyakkannya lemah di dalam mata pelajaran UPSR, tetapi baik di dalam mata pelajaran PEKERTI. Cikgu menyarankan agar lebih perhatian diberikan kepada pelajaran UPSR kerana format jawapan yang baru atau berbeza. Manakala pelajaran PEKERTI lebih kepada hafalan dan pemahaman. Bedasarkan kertas pencapaian tersebut, Pn. Halimatul akan membuat statistik pencapaian anak-anak 6AB sebagai salah satu panduan di dalam mengadakan Kelas Tambahan. 2) Kelas Tambahan (PEKERTI) Kelas Tambahan bagi pelajaran PEKERTI akan diputuskan selepas melihat keputusan statistik. Kelas akan dibuat mengikut keperluan anak-anak. Subjek dan tenaga pengajar yang dicadangkan ialah Tajwid (C. Nik), Bahasa Arab (Ustaz Syed) dan Tassawur (C. Zarina). 3) PSRA (Penilaian Sek Rendah Agama) PSRA selalunya diadakan seminggu selepas UPSR, dan melibatkan pelajaran Khat, Sirah, Akhlaq, Tauhid, Fekah dan Tajwid. Anak-anak yang ingin memasuki sekolah aliran agama Selangor dan KL perlu mengambil PSRA. Untuk itu, mereka perlu mendaftarkan diri di Sekolah Agama Bukit Antarabangsa Pn Nurul Jannah akan mendapatkan butiran anak-anak yang ingin mengambil PSRA. 4) T-Shirt dan Tema KKT-6AB Semua hadirin bersetuju dengan idea jersey / t-shirt KKT-6AB. Aulad akan mendapat jersey, manakala bannat akan mendapat t-shirt muslimah. Warna akan ditentukan oleh anak-anak. Jersey / t-shirt untuk anak-anak akan menggunakan dana KKT-6AB, manakala ibubapa yang berminat boleh membeli dari KKT-6AB. Pn Nor Hayati akan bertanggungjawab di dalam rekaan dan penyediaan jersey / t-shirt. Sebolehnya jersey & t-shirt disiapkan sebelum lawatan 3-Mac. Untuk Tema KKT-6AB, ibubapa dan anak-anak boleh mencadangkan tema melalui email, blog atau diberikan kepada Guru Kelas. Tema akan dicetak ke atas T-Shirt. | Halimatul Saadiah bt Mohamad: statistik pencapaian 6AB Makluman Nurul Jannah bt Ibrahim: Butiran mereka yg ingin mengambil PSRA Cikgu Norlaila: Pandangan anak-anak utk warna jersey & t-shirt Nor Hayati bt Abdul Hamid: Rekaan & penyediaan jersey & t-shirt Semua ibubapa 6AB: Tema KKT-6AB |
| 6 | PENANGGUHAN Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 18-Feb-2012 pada pukul 8.30 pagi. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang dengan diakhiri bacaan Surah Al-Asr. NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn sekolah (email 3-Feb-2011): Mesyuarat KKT-6AB yang ketiga dicadangkan diadakan pada 11-Feb-2012 (sebelum Keceriaan Kelas). | Makluman |
| Disediakan oleh, | Disemak oleh, |
| Nor Shahrizah Mohd Zawawi Setiausaha 1 KKT-6AB Tarikh: 7 Februari 2012 | Halimatul Saadiah bt Mohamad Setiausaha 2 KKT-6AB Tarikh: 8 Februari 2012 |
| | |
| Disahkan oleh, Mustaffa Mat Nyan Pengerusi KKT-6AB | |
No comments:
Post a Comment