Monday, 27 February 2012

HARI KELUARGA KK6AB 2012


Memo: 03/2012

KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012

27 Februari 2012M / 5 Rabiulakhir 1433H

Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar

Perkara: Hari Keluarga KKT-6AB

Assalaamualaikum tuan / puan yang dihormati.

2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa KKT-6AB akan mengadakan Hari Keluarga seperti berikut:

Tarikh

3-Mac-2012 (Sabtu)

Masa

7.00 pagi – 3.00 petang

Tempat

Impian Country Resort, Jalan Taman Agroteknologi, Sungai Semungkis, Batu 14 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor

(Sila rujuk http://www.kkt6ab.blogspot.com/ untuk peta lokasi)

Agenda

7:00 pagi - 7:45 pagi : Berkumpul di SRIAAKL
7:45 pagi : Bertolak ke Impiana Country Resort
8:30 pagi : Dijangka sampai
9:00 pagi : Taklimat dan mulakan aktiviti
1:30 petang : Rehat, makan & solat zohor
3:00 petang : Bertolak balik

Aktiviti

Jungle trekking, mandi sungai, berkelah

Maklumat Tambahan

· Parking dikenakan bayaran RM5 bagi sebuah kenderaan

· KKT-6AB telah menyewa sebuah Dewan Besar bagi tujuan berkumpul dan sarapan / makan tengahari

3. Anak-anak 6AB dikehendaki memakai t-shirt KKT-6AB. T-shirt akan diedarkan pada anak-anak selewatnya pada 2-Mac, insya’allah. Sehubungan itu, ibubapa / penjaga diminta untuk melunaskan harga t-shirt kepada Pn. Zanariah (019-2866513), selaku Bendahari KKT-6AB, sekiranya belum berbuat demikian.

4. Untuk penyediaan makanan dan minuman, kita akan membuat konsep “Potluck”. Bagi memudahkan perancangan dan mengelakkan pembaziran, diharap tuan / puan dapat memberitahu jenis juadah yang akan dibawa (sila tulis di dalam borang jawapan).

5. Penyertaan semua ahli KKT-6AB bersama keluarga amatlah diharapkan untuk merapatkan silaturrahim di antara kita. Ini juga satu peluang untuk anak-anak melepaskan stress setelah menjalani Ujian Setara Tahun 6 bermula 27-Feb sehingga 29-Feb.

Sila isi borang jawapan yang disertakan bagi mengesahkan kehadiran. Borang hendaklah dipulangkan kepada Cikgu Norlaila pada hari Selasa, 28-Feb-2012. Untuk keterangan lanjut, tuan / puan boleh menghubungi En. Hairul Nizam (013-3456760) atau Puan Normi (019-6621209).

Terima kasih.

Monday, 20 February 2012

Harga T-Shirt KK6AB untuk Ibubapa Yang Berminat

Assalaamualaikum,

Sedikit pembetulan mengenai harga t-shirt dewasa adalah seperti berikut:

Lelaki = RM 28

Wanita = RM 34

Kami memohon kerjasama tuan/puan membuat tempahan & pembayaran selewat-lewatnya pada 27 Februari 2012.


Wassalam.



AJK KKT6AB 2012

Sunday, 19 February 2012

T-Shirt Kelas 6 Abu Bakar

Assalaamualaikum wbt ,
 
Untuk makluman, pihak kelab kelas telahpun menempah t-shirt KKT-6AB untuk setiap anak-anak 6 Abu Bakar 2012. Tujuan diadakan t-shirt kelas ini adalah untuk kegunaan semasa diadakan aktiviti-aktiviti kelab kelas tahun ini. Bagaimanapun, kos t-shirt ini  tidak termasuk di dalam yuran Kelab Kelas dan hendaklah dibayar berasingan. Harga t-shirt adalah seperti berikut

T-shirt aulad = RM26
T-shirt banat = RM32. 

Setiap murid 6AB dikehendaki membeli t-shirt KKT-6AB, manakala bagi ibubapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan.

Untuk tempahan t-shirt ibubapa dan pertanyaan mengenai t-shirt, sila ajukan kepada
Puan Nor Hayari Abd Hamid
Tel: 012 339 88809

Tuan/puan boleh membuat pembayaran yuran KK dan t-shirt kepada 
Puan Zanariah bt Ibrahim (Bendahari Kelab Kelas 6AB 2012)
Tel No: 019 286 6513
Akaun MBB: 562188300903 

Pembayaran boleh juga diajukan kepada guru kelas Cikgu NorLaila. Mohon kerjasama ibubapa untuk menulis nama anak dan jumlah tempahan serta jumlah bayaran yang dibuat dengan jelas di luar envelope bayaran. Sekiranya bayaran dibuat secara bank in, mohon sms atau email maklumat bayaran kepada Puan Zanariah.

InshaAllah pihak kelab kelas sedang berusaha untuk mengedarkan t-shirt ini sebelum 3hb Mac 2012. Dengan ini kami memohon kerjasama tuan/puan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 27hb Februari 2012.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara di atas amatlah dihargai. Terimakasih & wassalam.

Halimatul Mohamed
Setiausaha 2,
Kelab Kelas 6AB 2012

Friday, 10 February 2012

MAKLUMAT MENGENAI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Ibu-bapa pelajar 6 Abu Bakar yang dihormati

Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah s.w.t

LATARBELAKANG PSRA

Pada mesyuarat kelab kelas 6AB yang telah diadakan pada Sabtu lepas, 28 Januari 2012, saya telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Peperiksaan ini dikendalikan oleh JAIS , khas untuk pelajar darjah 6 dan peperiksaannya diadakan pada bulan Oktober. Tarikh tutup pendaftaran untuk pengambilan peperiksaan ini adalah pada 28 Februari 2012. Sijil PSRA ini adalah untuk membolehkan pelajar memasuki ke Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah di bawah JAIS.

PENDIRIAN SRIAAKL

SRIAAKL tidak menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan ini. Ia juga tidak akan membuat permohonan bagi murid-muridnya untuk menumpang mana-mana sekolah yang mengadakan peperiksaan ini. Oleh itu, terpulanglah kepada ibu-bapa secara individu untuk pergi ke sekolah tertentu yang mengambil PSRA. Walaubagaimanapun, saya telah dimaklumkan SRIAAKL tidak menggalakkan murid-murid darjah 6 untuk tidak menghadiri kelas-kelas yang akan diadakan sekolah bagi tujuan untuk mengikuti kelas PSRA yang diadakan di sekolah lain. Sila berhubung dengan Cikgu Nordina untuk keterangan yang lebih lanjut. Cikgu Nordina juga memaklumkan bahawa untuk menduduki peperiksaan PSRA ibu bapa hendaklah membuat permohonan untuk anak-anak menduduki peperiksaan tersebut kerana selalunya peperiksaan diadakan dimasa anak-anak ini patut belajar di SRIAAKL. Sila rujuk kepada sekolah untuk membuat permohonan.

SEKOLAH YANG MENGENDALIKAN PSRA

Setakat ini sekolah yang dikenalpasti ialah Sekolah KAFA Maarif Dinniah di Bukit Antarabangsa. Sila berhubung dengan Ustazah Zaiton di talian 019-3716986 mengenai maklumat sekolah, pembayaran dan kelas yang perlu dihadiri. Maklumat yang diperolehi sehingga kini, ibu-bapa perlu membuat pembayaran pendaftaran untuk pelajar seperti pelajar lain seolah-olah ia adalah berdaftar sebagai pelajar di situ. Yurannya adalah RM235( termasuk yuran bulanan sehingga 6 bulan, yuran keceriaan , kokurikulum dan lain-lain). Untuk yuran bulanan seterusnya ialah RM25 sebulan.Subjek-subjek yang diambil adalah:

· Syariah I (fekah dan tauhid)

· Syariah II (akhlak dan sirah)

· Bahasa Arab

· Imla’, khat dan jawi

· Qur’an dan hafazan

Kelas-kelas untuk matapelajaran ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 hingga 5.30 petang. Akhir sekali, ibu-bapa dinasihatkan supaya menghubungi sendiri sekolah tersebut untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

Terima kasih, wassalam

(Nurul Jannah)

Thursday, 9 February 2012

Kelas Tambahan 12 Februari 2012

Assalamualaikum Para Ibubapa/Penjaga & Anak-anak KKT6AB,

Alhamdullilah, sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Setara Tahun 6 yang inshaAllah akan dijalankan pada 27-29 Februari 2012, para guru-guru 6AB telahpun bersetuju untuk mengadakan kelas tambahan seperti berikut:_

8.00-9.15

9.15-10.30

10.30-10.45

10.45-12.00

12.00-1.45

Ahad

12Feb

2012.

Math

(Cg Murni)

English

(Cg Laila)

Rehat

B.M

(Cg Fuziah)

Sains

(Cg Noraini)

Semuga anak-anak dapat memanfaatkan kelas ini sepenuhnya. Ameen.

JOM Semua Ceriakan Kelas 6AB

Memo 02/2012 Keceriaan Kelas, Yuran KKT6AB & Mesyuarat #03

Memo: 02/2012

KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012

8 Februari 2012M / 15 Rabiulawal 1433H

Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar

Perkara: Keceriaan Kelas, Yuran KKT-6AB & Mesyuarat Ketiga KKT-6AB

Assalaamualaikum tuan/puan yang dihormati.

2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sessi Keceriaan Kelas 6AB akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:

11-Feb-2012 (Sabtu)

Masa:

9.00 pagi – 12.00 t/hari

Aktiviti:

Cuci Lantai, Tingkap & Kipas / Membina Sudut Ilmu / Gantung Banner Doa & Softboard

Barang untuk Dibawa:

Penyapu, pengaut sampah, mop, baldi, gayung, kain buruk, berus sental

Diharap semua ibubapa dan anak-anak 6AB dapat bersama-sama bergotong-royong pada tarikh & masa tersebut di dalam memastikan keceriaan kelas.

3. Yuran KKT-6AB dikenakan untuk menampung perbelanjaan KKT-6AB sepanjang tahun. Pembayaran yuran bermula Februari sehingga November 2012, sebanyak RM30 sebulan. Ini bersamaan dengan RM300 setahun. Ibubapa boleh membuat pembayaran sekaligus (RM300), atau ansuran sebanyak 5 kali mulai Feb – Jun (RM60 x 5). Bayaran yuran boleh dibuat mulai sekarang kepada:

  • Guru kelas 6AB -- Cikgu Norlaila bt Osman (h/p: 012-6892608 / email : wnn1974@gmail.com), atau
  • Bendahari KKT-6AB -- Zanariah bt Ibrahim (h/p: 019-2866513 / email : zanariahibrahim@yahoo.com)

Diharap ibubapa dapat melunaskan yuran KKT-6AB dalam masa yang ditetapkan agar perancangan dan perjalanan KKT-6AB berjalan lancar.

4. Mesyuarat KKT-6AB yang ketiga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu (11 Februari 2012)

Masa: 8.00 – 9.00 pagi

Tempat: 6 Abu Bakar

Agenda:

i. Lanjutan dari Minit Mesyuarat Ke-2

ii. Lain-Lain Perkara

Penyertaan tuan/puan di dalam mesyuarat ini amat diharapkan agar perjalanan Kelas Kelas berjalan lancar. Sebarang bentuk juadah ‘potluck’ amat dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Normi (019-6621209) atau Puan Shahrizah (019-2285627).

Segala kerjasama tuan/puan di dalam ketiga-tiga perkara disebut diakhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian.

sk: 1) Guru Kelas 6 Abu Bakar

2) Guru Besar SRIAAKL

Minit Mesyuarat KKT6AB #02

TAJUK: MESYUARAT KEDUA KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB)

TEMPAT: 6 Abu Bakar

TARIKH: 28 Januari 2012 (Sabtu), 2.45 pm – 5.15 pm

KEHADIRAN:


1) Cikgu Norlaila Osman (guru kelas)

2) Mohd Amin b Mat Tahir

3) Salbiah bt Awaludin

4) Abdul Latif b Ishak

5) Nurul Jannah bt Ibrahim

6) Zanariah bt Ibrahim

7) Mustaffa b Mat Nyan

8) Hairul Nizam b Mohd Said

9) Nor Hayati bt Abdul Hamid

10) Halimatul Saadiah bt Mohamed

11) Normi bt Abdullah

12) Nor Asni Afzan bt Mohd Aluyezan

13) Haslina bt Abdul Manaf

14) Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi

15) Rosnah bt Bidin


AGENDA:

1) Ucapan Alu-Aluan Dari Pengerusi KKT-6AB

2) Perlantikan Biro

· Akademik

· Riadah & Aktiviti

· Logistik & Makanan

3) Yuran KKT-6AB

4) Aktiviti Kelab Kelas:

· Keceriaan Kelas

· Seminar Motivasi

· Lawatan

· Kelas Tambahan

5) Lain-Lain Perkara

Bil.

Perkara

Tindakan

1

UCAPAN ALU-ALUAN DARI PENGERUSI KKT-6AB

En. Mustaffa, selaku pengerusi KKT-6AB, mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir walaupun dengan tiadanya peringatan SMS (yang disebabkan masalah teknikal).

Pn. Halimatul, selaku Setiausaha 2, mengumumkan alamat blog KKT-6AB di www.kkt6ab.blogspot.com. Blog ini akan digunakan sebagai medium komunikasi di antara ahli KKT-6AB, selain daripada email. Semua minit dan memo KKT-6AB akan di-upload ke blog ini sebagai rujukan.

Makluman

2

PERLANTIKAN BIRO

Para hadirin bersetuju untuk melantik AJK KKT-6AB sebagai Ketua Biro seperti di bawah:

  1. Biro Akademik: Pn. Hasmal bt Awang
  2. Biro Riadah & Aktiviti: En. Hairul Nizam b Mohd Said
  3. Biro Logistik & Makanan: Pn. Ramona bt Abdul Rahim

Bagi memastikan semua ibubapa/penjaga murid 6AB terlibat di dalam aktiviti Kelas Kelas, Setiausaha 1 & 2 akan membahagikan ibubapa/penjaga (yang tidak memegang sebarang portfolio) kepada 3 biro tersebut.

Semua ibubapa 6AB: Rujuk kepada dokumen excel utk kumpulan Biro & sahkan maklumat diri.

3

YURAN KKT-6AB

Sumbangan PIBG = RM3,000 bagi setiap kelas

· Kutipan dari ahli KKT-6AB = RM300 setahun atau RM30 untuk 10 bulan (Feb – Nov).

· Bayaran boleh dibuat secara sekaligus, atau ansuran sebanyak 5 kali. Bayaran bermula dari Feb – Jun.

· Anggaran kutipan = RM300 x 36 = RM10,800.

Maka, anggaran jumlah peruntukan = RM13,800.

Bayaran yuran boleh dibuat kepada:

· Guru kelas 6AB -- Cikgu Norlaila bt Osman (h/p: 012-6892608 / email : wnn1974@gmail.com), atau

· Bendahari 6AB -- Zanariah bt Ibrahim (h/p: 019-2866513 / email : zanariahibrahim@yahoo.com)

Berdasarkan pengalaman aktiviti-aktiviti tahun yang lalu, yuran kutipan tidak dapat menampung aktiviti-aktiviti kelab kelas sepenuhnya. Adalah diharapkan ibubapa dan penjaga dapat membuat sumbangan ikhlas dari masa semasa.

Semua ibubapa 6AB: Membayar yuran KKT-6AB kpd Guru Kelas atau Bendahari

4

AKTIVITI KELAB KELAS

1) Keceriaan Kelas

Tarikh: 11-Feb-2012 (Sabtu)

Masa: 9 pagi – 12 t/hari

Aktiviti:

i. Cuci Lantai, Tingkap & Kipas

ii. Sudut Ilmu

iii. Gantung Banner Doa & Softboard

Barang yang perlu dibawa:

i. Penyapu & pengaut

ii. Mop

iii. Baldi & gayung

iv. Kain buruk

v. Berus sental

vi. Sabun lantai

Barang yang perlu disediakan / oleh:

i. Softboard - Hairul Nizam b Mohd Said

ii. Banner - Mohd Amin b Mat Tahir

iii. Pokok kecil - Rosnah bt Bidin

iv. Ambipur - Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi

v. Sabun serbuk & clorox - Mustaffa b Mat Nyan

Untuk Sudut Ilmu, ibubapa digalakkan menderma 2 buah buku cerita (sebaiknya Bahasa Inggeris) untuk dikongsi di antara anak-anak. Buku-buku ini akan disimpan di dalam kelas selama sebulan, dan kemudiannya akan dipulangkan untuk ditukar dengan buku cerita lain.

Ibubapa juga boleh menderma Kamus BM-BI-Arab atau BM-BI sebagai rujukan anak-anak.

2) Seminar Motivasi

Antara motivator yang dicadangkan oleh ibubapa ialah:

i. Dr. Abdul Aziz

ii. Ustaz Shahrul

iii. Dr. Tengku Asmadi (MAP)

iv. Osman Affan (telah mengadakan seminar di SRIAAG baru-baru ini)

Cikgu Norlaila mencadangkan agar Seminar Motivasi digabungkan dengan KKT-6 yang lain agar perbelanjaannya dapat dikongsi bersama.

Seminar akan di-KIV sementara Cikgu Norlaila berbincang dengan Cikgu Wardah tentang perancangan sekolah.

NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn Cikgu Wardah (email 30-Jan-2011):

Sekolah tidak menganjurkan seminar motivasi di antara Feb – Mac, maka KKT-6AB boleh mengadakan seminar pada bulan tersebut. 6 Umar dan 6 Uthman memohon untuk turut serta. Kecuali 6 Ali yang sudah membuat perancangan pada 12-Feb.

3) Lawatan

Semua hadirin bersetuju untuk mengadakan lawatan / berkelah selama satu hari agar anak-anak dapat melepaskan stress dan merapatkan silaturrahim di antara para ibubapa. Antara tempat yang dicadangkan ialah:

i. Ulu Yam

ii. Ulu Langat

iii. FRIM

iv. Sungai Kemensah

Cikgu Norlaila mencadangkan lawatan diadakan pada 3-Mac-2012 (Sabtu) selepas anak-anak selesai Ujian Setara Tahun 6 (27 – 29 Feb).

Semua hadirin bersetuju lawatan akan diadakan di Impian Country Resort, Ulu Langat. Lawatan akan diadakan selama satu hari mulai 8 pagi hingga 6 petang. Antara aktiviti yang boleh diadakan ialah mandi sungai, jungle trekking atau sukaneka. Anggaran perbelanjaan KKT-6AB ialah RM30/pondok dan jungle trekking RM60/kumpulan. Parking RM5/kereta (sendiri). Terdapat saranan agar KKT-6AB menyewa sebuah dewan besar (bukan pondok) agar lebih selesa untuk semua. Makanan dan minuman berkonsepkan potluck.

Lawatan ini melibatkan anak-anak 6AB (& keluarga) dan guru-guru tahun 6 (& keluarga). Anggaran kehadiran 160 orang (termasuk ahli keluarga).

4) Kelas Tambahan (UPSR)

Kelas Tambahan (UPSR) akan diadakan seminggu sekali (Sabtu atau Ahad). Kekerapan kelas (dalam sebulan) akan ditentukan berdasarkan keperluan anak-anak.

Untuk bulan Feb, dicadangkan 2 kali sebagai persediaan anak-anak menghadapi Ujian Setara Tahun 6 (27 – 29 Feb). Tarikh yang dicadangkan ialah 18-Feb dan 19-Feb, mulai jam 8.30 pagi hingga 1.00 ptg. Rehat di antara 10.30 – 11.00 pagi.

Subjek yang akan diajar dan tenaga pengajar yang dicadangkan ialah Matematik (C. Murniwati), Bahasa Inggeris (C. Norlaila), Sains (C. Noraini / C. Hamilah) dan Bahasa Malaysia (C. Fauziah). Setiap subjek akan mengambil masa 1 jam. Cikgu Norlaila akan menghubungi guru-guru tersebut dan mengatur jadual kelas tambahan.

Cikgu Norlaila juga menyarankan agar anak-anak dibahagi kepada 4 kumpulan kecil, di mana setiap kumpulan mempunyai 9 orang. Buat masa ini, kumpulan akan dibahagi berdasarkan aulad / bannat. Dengan ini, cikgu dapat memberi lebih tumpuan / individu. Semua hadirin juga bersetuju yang yuran setiap guru ialah RM20 / jam.

Makanan untuk waktu rehat (10.30 – 11.00 pagi) untuk kelas tambahan sepanjang tahun 2012 akan disediakan oleh setiap ibubapa/penjaga murid 6AB mengikut giliran yang akan disusun oleh Biro Logistik & Makanan. Jumlah yang perlu disediakan ialah 40 orang (termasuk guru mengajar). Menu yang disarankan ialah sandwich, kuih atau mihun goreng.

NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn sekolah (email 3-Feb-2011):

Ada anak-anak 6AB yang terlibat dengan Tamrin Pengawas yang diadakan dari 17-Feb petang hingga 18-Feb pagi. Manakala 19-Feb pula ada PIBG. AJK KKT-6AB perlu berbincang lagi tentang tarikh Kelas Tambahan.

Semua ibubapa 6AB:

1) Menyertai Keceriaan Kelas

2) Derma buku atau kamus untuk Sudut Ilmu

Hairul Nizam b Mohd Said: Softboard

Mohd Amin b Mat Tahir: Banner

Rosnah bt Bidin: Pokok kecil

Nor Shahrizah bt Mohd Zawawi: Ambipur

Mustaffa b Mat Nyan: Sabun serbuk & clorox

Makluman

Hairul Nizam b Mohd Said: Menguruskan hal lawatan dgn pihak Impian Country Resort

Ramona bt Abdul Rahim: Menguruskan menu potluck dgn ibubapa KKT-6AB

Ramona bt Abdul Rahim: Menguruskan jadual sponsor makanan & minuman dgn ibubapa KKT-6AB

5

LAIN-LAIN PERKARA

1) Pencapaian Anak-Anak 6 Abu Bakar

Cikgu Norlaila telah berkongsi pencapaian anak-anak di dalam Peperiksaan Akhir 2011. Berdasarkan pencapaian tersebut, didapati anak-anak 6AB kebanyakkannya lemah di dalam mata pelajaran UPSR, tetapi baik di dalam mata pelajaran PEKERTI. Cikgu menyarankan agar lebih perhatian diberikan kepada pelajaran UPSR kerana format jawapan yang baru atau berbeza. Manakala pelajaran PEKERTI lebih kepada hafalan dan pemahaman.

Bedasarkan kertas pencapaian tersebut, Pn. Halimatul akan membuat statistik pencapaian anak-anak 6AB sebagai salah satu panduan di dalam mengadakan Kelas Tambahan.

2) Kelas Tambahan (PEKERTI)

Kelas Tambahan bagi pelajaran PEKERTI akan diputuskan selepas melihat keputusan statistik. Kelas akan dibuat mengikut keperluan anak-anak. Subjek dan tenaga pengajar yang dicadangkan ialah Tajwid (C. Nik), Bahasa Arab (Ustaz Syed) dan Tassawur (C. Zarina).

3) PSRA (Penilaian Sek Rendah Agama)

PSRA selalunya diadakan seminggu selepas UPSR, dan melibatkan pelajaran Khat, Sirah, Akhlaq, Tauhid, Fekah dan Tajwid. Anak-anak yang ingin memasuki sekolah aliran agama Selangor dan KL perlu mengambil PSRA. Untuk itu, mereka perlu mendaftarkan diri di Sekolah Agama Bukit Antarabangsa

Pn Nurul Jannah akan mendapatkan butiran anak-anak yang ingin mengambil PSRA.

4) T-Shirt dan Tema KKT-6AB

Semua hadirin bersetuju dengan idea jersey / t-shirt KKT-6AB. Aulad akan mendapat jersey, manakala bannat akan mendapat t-shirt muslimah. Warna akan ditentukan oleh anak-anak.

Jersey / t-shirt untuk anak-anak akan menggunakan dana KKT-6AB, manakala ibubapa yang berminat boleh membeli dari KKT-6AB. Pn Nor Hayati akan bertanggungjawab di dalam rekaan dan penyediaan jersey / t-shirt. Sebolehnya jersey & t-shirt disiapkan sebelum lawatan 3-Mac.

Untuk Tema KKT-6AB, ibubapa dan anak-anak boleh mencadangkan tema melalui email, blog atau diberikan kepada Guru Kelas. Tema akan dicetak ke atas T-Shirt.

Halimatul Saadiah bt Mohamad: statistik pencapaian 6AB

Makluman

Nurul Jannah bt Ibrahim: Butiran mereka yg ingin mengambil PSRA

Cikgu Norlaila: Pandangan anak-anak utk warna jersey & t-shirt

Nor Hayati bt Abdul Hamid: Rekaan & penyediaan jersey & t-shirt

Semua ibubapa 6AB:

Tema KKT-6AB

6

PENANGGUHAN

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 18-Feb-2012 pada pukul 8.30 pagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang dengan diakhiri bacaan Surah Al-Asr.

NOTA – Susulan Perbincangan Cikgu Norlaila dgn sekolah (email 3-Feb-2011):

Mesyuarat KKT-6AB yang ketiga dicadangkan diadakan pada 11-Feb-2012 (sebelum Keceriaan Kelas).

Makluman

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Nor Shahrizah Mohd Zawawi

Setiausaha 1 KKT-6AB

Tarikh: 7 Februari 2012

Halimatul Saadiah bt Mohamad

Setiausaha 2 KKT-6AB

Tarikh: 8 Februari 2012

Disahkan oleh,

Mustaffa Mat Nyan

Pengerusi KKT-6AB