Monday, 27 February 2012

HARI KELUARGA KK6AB 2012


Memo: 03/2012

KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012

27 Februari 2012M / 5 Rabiulakhir 1433H

Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar

Perkara: Hari Keluarga KKT-6AB

Assalaamualaikum tuan / puan yang dihormati.

2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa KKT-6AB akan mengadakan Hari Keluarga seperti berikut:

Tarikh

3-Mac-2012 (Sabtu)

Masa

7.00 pagi – 3.00 petang

Tempat

Impian Country Resort, Jalan Taman Agroteknologi, Sungai Semungkis, Batu 14 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor

(Sila rujuk http://www.kkt6ab.blogspot.com/ untuk peta lokasi)

Agenda

7:00 pagi - 7:45 pagi : Berkumpul di SRIAAKL
7:45 pagi : Bertolak ke Impiana Country Resort
8:30 pagi : Dijangka sampai
9:00 pagi : Taklimat dan mulakan aktiviti
1:30 petang : Rehat, makan & solat zohor
3:00 petang : Bertolak balik

Aktiviti

Jungle trekking, mandi sungai, berkelah

Maklumat Tambahan

· Parking dikenakan bayaran RM5 bagi sebuah kenderaan

· KKT-6AB telah menyewa sebuah Dewan Besar bagi tujuan berkumpul dan sarapan / makan tengahari

3. Anak-anak 6AB dikehendaki memakai t-shirt KKT-6AB. T-shirt akan diedarkan pada anak-anak selewatnya pada 2-Mac, insya’allah. Sehubungan itu, ibubapa / penjaga diminta untuk melunaskan harga t-shirt kepada Pn. Zanariah (019-2866513), selaku Bendahari KKT-6AB, sekiranya belum berbuat demikian.

4. Untuk penyediaan makanan dan minuman, kita akan membuat konsep “Potluck”. Bagi memudahkan perancangan dan mengelakkan pembaziran, diharap tuan / puan dapat memberitahu jenis juadah yang akan dibawa (sila tulis di dalam borang jawapan).

5. Penyertaan semua ahli KKT-6AB bersama keluarga amatlah diharapkan untuk merapatkan silaturrahim di antara kita. Ini juga satu peluang untuk anak-anak melepaskan stress setelah menjalani Ujian Setara Tahun 6 bermula 27-Feb sehingga 29-Feb.

Sila isi borang jawapan yang disertakan bagi mengesahkan kehadiran. Borang hendaklah dipulangkan kepada Cikgu Norlaila pada hari Selasa, 28-Feb-2012. Untuk keterangan lanjut, tuan / puan boleh menghubungi En. Hairul Nizam (013-3456760) atau Puan Normi (019-6621209).

Terima kasih.

Monday, 20 February 2012

Harga T-Shirt KK6AB untuk Ibubapa Yang Berminat

Assalaamualaikum,

Sedikit pembetulan mengenai harga t-shirt dewasa adalah seperti berikut:

Lelaki = RM 28

Wanita = RM 34

Kami memohon kerjasama tuan/puan membuat tempahan & pembayaran selewat-lewatnya pada 27 Februari 2012.


Wassalam.



AJK KKT6AB 2012

Sunday, 19 February 2012

T-Shirt Kelas 6 Abu Bakar

Assalaamualaikum wbt ,
 
Untuk makluman, pihak kelab kelas telahpun menempah t-shirt KKT-6AB untuk setiap anak-anak 6 Abu Bakar 2012. Tujuan diadakan t-shirt kelas ini adalah untuk kegunaan semasa diadakan aktiviti-aktiviti kelab kelas tahun ini. Bagaimanapun, kos t-shirt ini  tidak termasuk di dalam yuran Kelab Kelas dan hendaklah dibayar berasingan. Harga t-shirt adalah seperti berikut

T-shirt aulad = RM26
T-shirt banat = RM32. 

Setiap murid 6AB dikehendaki membeli t-shirt KKT-6AB, manakala bagi ibubapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan.

Untuk tempahan t-shirt ibubapa dan pertanyaan mengenai t-shirt, sila ajukan kepada
Puan Nor Hayari Abd Hamid
Tel: 012 339 88809

Tuan/puan boleh membuat pembayaran yuran KK dan t-shirt kepada 
Puan Zanariah bt Ibrahim (Bendahari Kelab Kelas 6AB 2012)
Tel No: 019 286 6513
Akaun MBB: 562188300903 

Pembayaran boleh juga diajukan kepada guru kelas Cikgu NorLaila. Mohon kerjasama ibubapa untuk menulis nama anak dan jumlah tempahan serta jumlah bayaran yang dibuat dengan jelas di luar envelope bayaran. Sekiranya bayaran dibuat secara bank in, mohon sms atau email maklumat bayaran kepada Puan Zanariah.

InshaAllah pihak kelab kelas sedang berusaha untuk mengedarkan t-shirt ini sebelum 3hb Mac 2012. Dengan ini kami memohon kerjasama tuan/puan membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 27hb Februari 2012.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara di atas amatlah dihargai. Terimakasih & wassalam.

Halimatul Mohamed
Setiausaha 2,
Kelab Kelas 6AB 2012

Friday, 10 February 2012

MAKLUMAT MENGENAI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Ibu-bapa pelajar 6 Abu Bakar yang dihormati

Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah s.w.t

LATARBELAKANG PSRA

Pada mesyuarat kelab kelas 6AB yang telah diadakan pada Sabtu lepas, 28 Januari 2012, saya telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Peperiksaan ini dikendalikan oleh JAIS , khas untuk pelajar darjah 6 dan peperiksaannya diadakan pada bulan Oktober. Tarikh tutup pendaftaran untuk pengambilan peperiksaan ini adalah pada 28 Februari 2012. Sijil PSRA ini adalah untuk membolehkan pelajar memasuki ke Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah di bawah JAIS.

PENDIRIAN SRIAAKL

SRIAAKL tidak menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan ini. Ia juga tidak akan membuat permohonan bagi murid-muridnya untuk menumpang mana-mana sekolah yang mengadakan peperiksaan ini. Oleh itu, terpulanglah kepada ibu-bapa secara individu untuk pergi ke sekolah tertentu yang mengambil PSRA. Walaubagaimanapun, saya telah dimaklumkan SRIAAKL tidak menggalakkan murid-murid darjah 6 untuk tidak menghadiri kelas-kelas yang akan diadakan sekolah bagi tujuan untuk mengikuti kelas PSRA yang diadakan di sekolah lain. Sila berhubung dengan Cikgu Nordina untuk keterangan yang lebih lanjut. Cikgu Nordina juga memaklumkan bahawa untuk menduduki peperiksaan PSRA ibu bapa hendaklah membuat permohonan untuk anak-anak menduduki peperiksaan tersebut kerana selalunya peperiksaan diadakan dimasa anak-anak ini patut belajar di SRIAAKL. Sila rujuk kepada sekolah untuk membuat permohonan.

SEKOLAH YANG MENGENDALIKAN PSRA

Setakat ini sekolah yang dikenalpasti ialah Sekolah KAFA Maarif Dinniah di Bukit Antarabangsa. Sila berhubung dengan Ustazah Zaiton di talian 019-3716986 mengenai maklumat sekolah, pembayaran dan kelas yang perlu dihadiri. Maklumat yang diperolehi sehingga kini, ibu-bapa perlu membuat pembayaran pendaftaran untuk pelajar seperti pelajar lain seolah-olah ia adalah berdaftar sebagai pelajar di situ. Yurannya adalah RM235( termasuk yuran bulanan sehingga 6 bulan, yuran keceriaan , kokurikulum dan lain-lain). Untuk yuran bulanan seterusnya ialah RM25 sebulan.Subjek-subjek yang diambil adalah:

· Syariah I (fekah dan tauhid)

· Syariah II (akhlak dan sirah)

· Bahasa Arab

· Imla’, khat dan jawi

· Qur’an dan hafazan

Kelas-kelas untuk matapelajaran ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 hingga 5.30 petang. Akhir sekali, ibu-bapa dinasihatkan supaya menghubungi sendiri sekolah tersebut untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

Terima kasih, wassalam

(Nurul Jannah)

Thursday, 9 February 2012

Kelas Tambahan 12 Februari 2012

Assalamualaikum Para Ibubapa/Penjaga & Anak-anak KKT6AB,

Alhamdullilah, sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Setara Tahun 6 yang inshaAllah akan dijalankan pada 27-29 Februari 2012, para guru-guru 6AB telahpun bersetuju untuk mengadakan kelas tambahan seperti berikut:_

8.00-9.15

9.15-10.30

10.30-10.45

10.45-12.00

12.00-1.45

Ahad

12Feb

2012.

Math

(Cg Murni)

English

(Cg Laila)

Rehat

B.M

(Cg Fuziah)

Sains

(Cg Noraini)

Semuga anak-anak dapat memanfaatkan kelas ini sepenuhnya. Ameen.

JOM Semua Ceriakan Kelas 6AB

Memo 02/2012 Keceriaan Kelas, Yuran KKT6AB & Mesyuarat #03

Memo: 02/2012

KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012

8 Februari 2012M / 15 Rabiulawal 1433H

Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar

Perkara: Keceriaan Kelas, Yuran KKT-6AB & Mesyuarat Ketiga KKT-6AB

Assalaamualaikum tuan/puan yang dihormati.

2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sessi Keceriaan Kelas 6AB akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:

11-Feb-2012 (Sabtu)

Masa:

9.00 pagi – 12.00 t/hari

Aktiviti:

Cuci Lantai, Tingkap & Kipas / Membina Sudut Ilmu / Gantung Banner Doa & Softboard

Barang untuk Dibawa:

Penyapu, pengaut sampah, mop, baldi, gayung, kain buruk, berus sental

Diharap semua ibubapa dan anak-anak 6AB dapat bersama-sama bergotong-royong pada tarikh & masa tersebut di dalam memastikan keceriaan kelas.

3. Yuran KKT-6AB dikenakan untuk menampung perbelanjaan KKT-6AB sepanjang tahun. Pembayaran yuran bermula Februari sehingga November 2012, sebanyak RM30 sebulan. Ini bersamaan dengan RM300 setahun. Ibubapa boleh membuat pembayaran sekaligus (RM300), atau ansuran sebanyak 5 kali mulai Feb – Jun (RM60 x 5). Bayaran yuran boleh dibuat mulai sekarang kepada:

  • Guru kelas 6AB -- Cikgu Norlaila bt Osman (h/p: 012-6892608 / email : wnn1974@gmail.com), atau
  • Bendahari KKT-6AB -- Zanariah bt Ibrahim (h/p: 019-2866513 / email : zanariahibrahim@yahoo.com)

Diharap ibubapa dapat melunaskan yuran KKT-6AB dalam masa yang ditetapkan agar perancangan dan perjalanan KKT-6AB berjalan lancar.

4. Mesyuarat KKT-6AB yang ketiga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu (11 Februari 2012)

Masa: 8.00 – 9.00 pagi

Tempat: 6 Abu Bakar

Agenda:

i. Lanjutan dari Minit Mesyuarat Ke-2

ii. Lain-Lain Perkara

Penyertaan tuan/puan di dalam mesyuarat ini amat diharapkan agar perjalanan Kelas Kelas berjalan lancar. Sebarang bentuk juadah ‘potluck’ amat dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Normi (019-6621209) atau Puan Shahrizah (019-2285627).

Segala kerjasama tuan/puan di dalam ketiga-tiga perkara disebut diakhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian.

sk: 1) Guru Kelas 6 Abu Bakar

2) Guru Besar SRIAAKL