Kelab Kelas Tahun 6 Abu Bakar ditubuhkan oleh para ibubapa untuk anak-anak mereka di Tahun 6 Kelas Abu Bakar, Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kuala Lumpur pada 14 Januari 2012 sokongan persediaan anak-anak menghadapi cabaran akademik dan sahsiah dari awal tahun sehingga berakhirnya sesi persekolahan 2012. Kelab Kelas yang diterajui oleh para ibubapa dan penjaga adalah disokong oleh Guru Besar dan Guru-Guru serta PIBG Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur.
Monday, 14 May 2012
Thursday, 5 April 2012
JADUAL KELAS TAMBAHAN KKT6AB
| DATE | NO. | SUBJECT |
| APRIL | ||
| Sunday, Apr 01 | 1 | 8.00 - 10.00 : Sains |
| Saturday, Apr 07 | 2 | 8.00 - 10.00 : Tasawwur Islami |
| Sunday, Apr 15 | 3 | 8.00 - 10.00 : English |
| Sunday, Apr 22 | 4 | 8.00 - 10.00 : Bahasa Arab |
| 28 Apr : KBM | ||
| Sunday, Apr 29 | | |
| MAY | ||
| 5 May : Wesak | ||
| Saturday, May 05 | 5 | 8.00 - 10.00 : Tasawwur Islami |
| Sunday, May 13 | 6 | 8.00 - 10.00 : Sains |
| 14 - 23 May : Peperiksaan Pertengahan Tahun | ||
| Sunday, May 20 | 7 | 8.00 - 10.00 : English |
| 26-May - 10-Jun : CUTI SEKOLAH | ||
| Sunday, May 27 | 8 | 8.00 - 10.00 : Bahasa Arab |
| JUNE | ||
| 2 Jun : Birthday of SPB Yang di-Pertuan Agong | ||
| Saturday, Jun 02 | 9 | 8.00 - 10.00 : Tasawwur Islami |
| Sunday, Jun 10 | 10 | 8.00 - 10.00 : Sains |
| Sunday, Jun 17 | 11 | 8.00 - 10.00 : English |
| 18 - 21 Jun : Percubaan PEKERTI & UPSR 2 (Daerah) | ||
| Sunday, Jun 24 | 12 | 8.00 - 10.00 : Bahasa Arab |
| JULY | ||
| Saturday, Jun 30 | 13 | 8.00 - 10.00 : Tasawwur Islami |
| Sunday, Jul 01 | 14 | 8.00 - 10.00 : Bahasa Arab |
| Saturday, Jul 07 | 15 | 8.00 - 10.00 : Tasawwur Islami |
| Sunday, Jul 08 | 16 | 8.00 - 10.00 : Bahasa Arab |
| 9 - 12 July : PEKERTI | ||
| Sunday, Jul 15 | 17 | 8.30 - 10.30 : Matematik |
| Sunday, Jul 22 | 18 | 8.00 - 10.00 : English |
| Sunday, Jul 29 | 19 | 8.00 - 10.00 : Sains |
| AUG | ||
| Sunday, Aug 05 | 20 | 8.00 - 10.00 : English |
| 7 - 9 Aug : Percubaan UPSR 3 (Negeri) | ||
| Sunday, Aug 12 | 21 | 8.30 - 10.30 : Matematik |
| 19 - 20 Aug : Hari Raya Puasa | ||
| 18 - 26 Aug : CUTI SEKOLAH | ||
| Sunday, Aug 19 | | |
| Sunday, Aug 26 | 22 | 8.00 - 10.00 : English |
| SEPT | ||
| 31 Aug : National Day | ||
| Sunday, Sep 02 | 23 | 8.00 - 10.00 : Sains |
| Sunday, Sep 09 | 24 | 8.00 - 10.00 : English |
| 11-13 Sept : UPSR | ||
| Tenaga Pengajar | ||
| Bahasa Malaysia | : | Cikgu Fauziah Toha / Cikgu Mutassa |
| English | : | Cikgu Norlaila |
| Matematik | : | Cikgu Murni |
| Sains | : | Cikgu Norlida (guru luar) |
| Bahasa Arab | : | Ustaz Syed |
| Tasawwur Islami | : | Cikgu Zarina |
| Tajwid | : | Cikgu Nik |
Tuesday, 13 March 2012
IBUBAPA YANG BERTUGAS 14-16 MAC 2012
Tarikh / Hari | Makanan | Minuman |
| 14 Mac 2012 / Rabu | Pn. Halimatul Saadiah Mohamed | Pn Haslina Abdul Manaf |
| 15 Mac 2012 / Khamis | Pn. Normi Abdullah | Pn. Norlida Ali |
| 16 Mac 2012 / Jumaat | Pn. Zanira Hanan Zakaria | Pn. Nurul Jannah Ibrahim |
Jumlah yang telah dipersetujui adalah sebanyak 40 pax (Pelajar + Guru). Kami amatlah berharap mendapat kerjasama dari ibu bapa/penjaga Kelas 6AB yang lain juga untuk turut serta menyumbangkan penyediaan makanan dan minuman di waktu-waktu kelas tusyen yang lain yang akan diadakan di masa hadapan, inshaAllah.
TUSYEN CUTI SEKOLAH 14-16 Mac 2012
kelab kelas.
Hari/tarikh: Rabu 14 ,Khamis 15 dan Jumaat 16hb Mac 2012
Masa: 8.00 - 1.15 petang.
M/pelajaran: Pekerti dan KBSR.
Monday, 27 February 2012
HARI KELUARGA KK6AB 2012

Memo: 03/2012
KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012
27 Februari 2012M / 5 Rabiulakhir 1433H
Kepada: Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar
Perkara: Hari Keluarga KKT-6AB
Assalaamualaikum tuan / puan yang dihormati.
2. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa KKT-6AB akan mengadakan Hari Keluarga seperti berikut:
| Tarikh | 3-Mac-2012 (Sabtu) |
| Masa | 7.00 pagi – 3.00 petang |
| Tempat | Impian Country Resort, Jalan Taman Agroteknologi, Sungai Semungkis, Batu 14 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor |
| Agenda | 7:00 pagi - 7:45 pagi : Berkumpul di SRIAAKL |
| Aktiviti | Jungle trekking, mandi sungai, berkelah |
| Maklumat Tambahan | · Parking dikenakan bayaran RM5 bagi sebuah kenderaan · KKT-6AB telah menyewa sebuah Dewan Besar bagi tujuan berkumpul dan sarapan / makan tengahari |
3. Anak-anak 6AB dikehendaki memakai t-shirt KKT-6AB. T-shirt akan diedarkan pada anak-anak selewatnya pada 2-Mac, insya’allah. Sehubungan itu, ibubapa / penjaga diminta untuk melunaskan harga t-shirt kepada Pn. Zanariah (019-2866513), selaku Bendahari KKT-6AB, sekiranya belum berbuat demikian.
4. Untuk penyediaan makanan dan minuman, kita akan membuat konsep “Potluck”. Bagi memudahkan perancangan dan mengelakkan pembaziran, diharap tuan / puan dapat memberitahu jenis juadah yang akan dibawa (sila tulis di dalam borang jawapan).
5. Penyertaan semua ahli KKT-6AB bersama keluarga amatlah diharapkan untuk merapatkan silaturrahim di antara kita. Ini juga satu peluang untuk anak-anak melepaskan stress setelah menjalani Ujian Setara Tahun 6 bermula 27-Feb sehingga 29-Feb.
Sila isi borang jawapan yang disertakan bagi mengesahkan kehadiran. Borang hendaklah dipulangkan kepada Cikgu Norlaila pada hari Selasa, 28-Feb-2012. Untuk keterangan lanjut, tuan / puan boleh menghubungi En. Hairul Nizam (013-3456760) atau Puan Normi (019-6621209).
Terima kasih.
Monday, 20 February 2012
Harga T-Shirt KK6AB untuk Ibubapa Yang Berminat
Assalaamualaikum,
Sedikit pembetulan mengenai harga t-shirt dewasa adalah seperti berikut:
Lelaki = RM 28
Wanita = RM 34
Kami memohon kerjasama tuan/puan membuat tempahan & pembayaran selewat-lewatnya pada 27 Februari 2012.
Wassalam.
AJK KKT6AB 2012
Sunday, 19 February 2012
T-Shirt Kelas 6 Abu Bakar
Friday, 10 February 2012
MAKLUMAT MENGENAI PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA)
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Ibu-bapa pelajar 6 Abu Bakar yang dihormati Semoga berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah s.w.t LATARBELAKANG PSRA Pada mesyuarat kelab kelas 6AB yang telah diadakan pada Sabtu lepas, 28 Januari 2012, saya telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat mengenai PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Peperiksaan ini dikendalikan oleh JAIS , khas untuk pelajar darjah 6 dan peperiksaannya diadakan pada bulan Oktober. Tarikh tutup pendaftaran untuk pengambilan peperiksaan ini adalah pada 28 Februari 2012. Sijil PSRA ini adalah untuk membolehkan pelajar memasuki ke Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah di bawah JAIS. PENDIRIAN SRIAAKL SRIAAKL tidak menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan ini. Ia juga tidak akan membuat permohonan bagi murid-muridnya untuk menumpang mana-mana sekolah yang mengadakan peperiksaan ini. Oleh itu, terpulanglah kepada ibu-bapa secara individu untuk pergi ke sekolah tertentu yang mengambil PSRA. Walaubagaimanapun, saya telah dimaklumkan SRIAAKL tidak menggalakkan murid-murid darjah 6 untuk tidak menghadiri kelas-kelas yang akan diadakan sekolah bagi tujuan untuk mengikuti kelas PSRA yang diadakan di sekolah lain. Sila berhubung dengan Cikgu Nordina untuk keterangan yang lebih lanjut. Cikgu Nordina juga memaklumkan bahawa untuk menduduki peperiksaan PSRA ibu bapa hendaklah membuat permohonan untuk anak-anak menduduki peperiksaan tersebut kerana selalunya peperiksaan diadakan dimasa anak-anak ini patut belajar di SRIAAKL. Sila rujuk kepada sekolah untuk membuat permohonan. SEKOLAH YANG MENGENDALIKAN PSRA Setakat ini sekolah yang dikenalpasti ialah Sekolah KAFA Maarif Dinniah di Bukit Antarabangsa. Sila berhubung dengan Ustazah Zaiton di talian 019-3716986 mengenai maklumat sekolah, pembayaran dan kelas yang perlu dihadiri. Maklumat yang diperolehi sehingga kini, ibu-bapa perlu membuat pembayaran pendaftaran untuk pelajar seperti pelajar lain seolah-olah ia adalah berdaftar sebagai pelajar di situ. Yurannya adalah RM235( termasuk yuran bulanan sehingga 6 bulan, yuran keceriaan , kokurikulum dan lain-lain). Untuk yuran bulanan seterusnya ialah RM25 sebulan.Subjek-subjek yang diambil adalah: · Syariah I (fekah dan tauhid) · Syariah II (akhlak dan sirah) · Bahasa Arab · Imla’, khat dan jawi · Qur’an dan hafazan Kelas-kelas untuk matapelajaran ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 hingga 5.30 petang. Akhir sekali, ibu-bapa dinasihatkan supaya menghubungi sendiri sekolah tersebut untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Terima kasih, wassalam (Nurul Jannah) |