Friday, 27 January 2012

MINIT MESYUARAT #1 KKT-6AB : January 14, 2012


TAJUK:            PENUBUHAN KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB)
TEMPAT:         6 Abu Bakar
TARIKH:          14 Januari 2012 (Sabtu), 4.15 petang

NOTA:
Mesyuarat KKT-6AB adalah lanjutan dari Mesyuarat Penubuhan Kelab Kelas Tahun 6 2012 yang dilancarkan oleh Guru Besar di Dewan PIBG SRIAAKL pada pukul 2.15 – 4.00 petang. Undian kali pertama bersetuju untuk mengadakan satu Kelab Kelas. Bagaimanapun, setelah mengambil kira pandangan dan pengalaman daripada guru-guru dan ibubapa terhadap kebaikan dan keburukan satu kelab kelas, undian kedua telah dibuat. Kali ini, majoriti ibubapa telah bersetuju untuk mengadakan empat Kelab Kelas mengikut kelas. Mesyuarat bersurai dan diteruskan dengan ibubapa pergi ke kelas masing-masing untuk menubuhkan Kelab Kelas.

KEHADIRAN:


1)          Cikgu Norlaila Osman (guru kelas)
2)         Ramona Abd. Rahim
3)         Achsanuddin Kamaluddin
4)         Nor Shahrizah Mohd Zawawi
5)         Salbiah Awaludin
6)         Norasni Afzan Mohd Aluyezan
7)         Hasmal Awang
8)         Zanariah Ibrahim
9)         Normi Abdullah
10)     Nurul Jannah Ibrahim
11)     Azizah Mohd Radzi
12)     Suzibazura Wahid
13)     Nordinah Ismail
14)     Hairul Nizam Mohd Said
15)    Muhammad Nazri Abdullah
16)     Mustaffa Mat Nyan
17)     Ustaz Syed Abi Mahfudz


AGENDA:
·        Ucapan Pengenalan Dari Cikgu Norlaila
·        Sessi Pengenalan Diri
·        Perlantikan AJK KKT-6AB
·        Ucapan Dari Pengerusi KKT-6AB
·        Aktiviti KKT-6AB Yang Seterusnya
·        Penangguhan

Bil.
Perkara
Tindakan
1
UCAPAN PENGENALAN DARI CIKGU NORLAILA

Cikgu Norlaila memperkenalkan diri selaku Guru Kelas 6 Abu Bakar dan mengalu-alukan penglibatan ibubapa di dalam Kelab Kelas.

Sebagai seorang guru, antara perkara yang disentuh ialah:

a)    Penglibatan ibubapa di dalam Kelab Kelas dapat memberikan motivasi kepada anak-anak untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

b)    Fokus hendaklah seimbang di antara mata pelajaran UPSR & PEKERTI. Terdapat beberapa kes murid-murid mengabaikan hafazan kerana sibuk dengan tuisyen. Sedangkan hafazan boleh dibuat di mana-mana, contohnya sambil menunggu waktu pergi atau balik.

c)    Mengenai tempat duduk di dalam kelas, cikgu akan sentiasa mengubah tempat duduk agar setiap anak mendapat peluang duduk di hadapan. Kedudukan tidak disusun berdasarkan fizikal anak-anak semata-mata.

d)    Mentaliti anak-anak Tahun 6 yang masih tidak serius dengan pelajaran dan banyak bermain. Peringatan perlu sentiasa diberikan agar anak-anak faham dan ingat akan tujuan mereka.

e)    Mengusulkan agar Kelab Kelas mengadakan kelas tambahan pada hari Sabtu sahaja agar anak-anak mendapat rehat yang secukupnya pada hari Ahad.

Makluman
2
SESSI PENGENALAN DIRI

Ibubapa yang hadir memperkenalkan diri masing-masing.

Makluman
3
PERLANTIKAN AJK KKT-6AB

Pengerusi:
·      Mustaffa Mat Nyan (019-2349927 / herowira@yahoo.com)
Timbalan Pengerusi:
·      Normi Abdullah (019-6621209 / normiabdullah@hkl.moh.gov.my)
Setiausaha 1:
·       Nor Shahrizah Zawawi (019-2285627 / nszawawi@myopensys.com)
Setiausaha 2:
·      Halimatul Mohamed (012-2297880 / imamohd@gmail.com)
Bendahari:
·      Zanariah Ibrahim (019-2866513 / zanariahibrahim@yahoo.com)
AJK:
·       Hairul Nizam Mohd Said (013-3456760 / nizamms@gmail.com)
·      Ramona Abd. Rahim (016-6550398 / ramona@ic.utm.my)
·      Hasmal Awang (019-2812391 / ahasmal@yahoo.com)

Perlantikan dibuat secara percalonan & sukarelawan.

KKT-6AB akan berhubung melalui email, blog dan SMS. Setiausaha 1 & 2 akan menguruskan medium-medium tersebut.

Cikgu Norlaila akan mengedarkan borang kepada anak-anak pada Isnin (16-Jan) untuk mendapatkan maklumat ibubapa untuk dihubungi. Borang-borang ini akan diserahkan kepada Setiausaha 1 pada Selasa (17-Jan) bagi tujuan kemaskini.

Cikgu Norlaila & Setiausaha 1:
Maklumat ibubapa untuk dihubungi

Setiausaha 1 & 2:
Medium email, blog & SMS
4
UCAPAN DARI PENGERUSI KKT-6AB

Pengerusi menyatakan harapan agar pendidikan anak-anak seimbang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga agama dan peribadi. Sebagai “orang baru” (iaitu pertama kali mempunyai anak menghadapi UPSR), pengerusi berharap perlantikannya tidak akan mengganggu perjalanan Kelab Kelas.

Cikgu Norlaila bersetuju dengan pandangan pengerusi agar anak-anak mendapat pendidikan akademik dan agama yang seimbang. Anak-anak perlu sentiasa diberi peringatan di dalam bab agama seperti solat agar mereka tidak lupa apabila dewasa kelak.

Makluman
5
AKTIVITI KKT-6AB YANG SETERUSNYA

Mesyuarat KKT-6AB yang kedua akan diadakan pada Sabtu, 28 Januari 2012 pada pukul 2.15 – 4.15 petang. Antara agenda yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah:

      i.              Perlantikan Biro
a.     Akademik
b.    Riadah
c.     Logistik & Makanan
    ii.               Yuran KKT-6AB
  iii.               Aktiviti Kelab Kelas:
a.     Keceriaan Kelas
b.    Seminar Motivasi
c.     Lawatan
d.    Kelas Tambahan

Semua ibubapa Tahun 6 Abu Bakar:
Menghadirkan diri ke mesyuarat KKT-6AB yang kedua pada Sabtu, 28 Januari 2012 pada pukul 2.15 – 4.15 petang
6
PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan diakhiri bacaan Surah Al-Asr.

Makluman

Disediakan oleh,
Disemak oleh,
Nor Shahrizah Mohd Zawawi
Setiausaha 1 KKT-6AB
Tarikh: 15 Januari 2012
Normi Abdullah
Timbalan Pengerusi KKT-6AB
Tarikh: 15 Januari 2012


Disahkan oleh,
Mustaffa Mat Nyan
Pengerusi KKT-6AB


Memo: 01/2012 : Mesy KKT-6AB


Memo: 01/2012
KELAB KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR (KKT-6AB), SRIAAKL 2012
16 Januari 2012M / 22 Safar 1433H

Kepada:             Semua Ibubapa / Penjaga Anak-Anak Tahun 6 Abu Bakar
Perkara:             Mesyuarat KKT-6AB Bil. 2/2012


Assalaamualaikum tuan/puan yang dihormati.

2.          Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat KKT-6AB yang kedua akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:               Sabtu (28 Januari 2012)
Masa:                2.15 – 4.15 petang
Tempat:             6 Abu Bakar
Agenda:
1)     Ucapan Alu-Aluan Dari Pengerusi KKT-6AB
2)     Perlantikan Biro
                                                             i.     Akademik
                                                            ii.     Riadah
                                                           iii.     Logistik & Makanan
3)     Yuran KKT-6AB
4)     Aktiviti Kelab Kelas:
                                                             i.     Keceriaan Kelas
                                                            ii.     Seminar Motivasi
                                                           iii.     Lawatan
                                                           iv.     Kelas Tambahan
5)     Hal-hal Lain


Penyertaan tuan/puan di dalam mesyuarat ini amat diharapkan agar perjalanan Kelas Kelas berjalan lancar.

Sebarang bentuk juadah ‘potluck’ amat dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Normi (019-6621209) atau  Puan Shahrizah (019-2285627).

Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

sk:        1)          Guru Kelas 6 Abu Bakar
             2)          Guru Besar SRIAAKL